Si cilik Rantau Panjang 'ligat' kemudi perahu

Luqman Hakim boleh mengemudi dan mengayuh perahu diusia 5 tahun lagi.
Luqman Hakim boleh mengemudi dan mengayuh perahu diusia 5 tahun lagi.
A
A
A

RANTAU PANJANG - Jajahan Rantau Panjang merupakan antara kawasan yang sering dilanda banjir di Kelantan, maka tidak hairanlah apabila ramai kanak-kanak di sini boleh mengemudi dan mengayuh perahu di usia 5 tahun lagi.

Salah seorang darinya, Luqman Hakim Faizal yang berusia lapan tahun, dari Kampung Tersang, di sini boleh mengayuh dan mengemudi perahu seperti orang dewasa dan ia cukup mengagumkan.

Luqman Hakim berkata, minat untuk mempelajari kemahiran itu timbul selepas setiap tahun kawasan rumah ditenggelami banjir.

Kebanyakan kanak-kanak di Rantau Panjang mahir mengemudi perahu disebabkan setiap tahun kawasan rumah ditenggelami banjir.
Kebanyakan kanak-kanak di Rantau Panjang mahir mengemudi perahu disebabkan setiap tahun kawasan rumah ditenggelami banjir.

"Saya mula terdedah dengan kemahiran mengendalikan perahu ketika berusia enam tahun," katanya.

Menurutnya, setiap kali banjir dia akan mengasah kemahiran itu sambil dipantau oleh bapanya.

"Semua ahli keluarga pandai mengendali perahu dan ia sudah sebati dengan kami semua," katanya.

Artikel Berkaitan: