Alexander-Arnold perlu tingkatkan prestasi

Alexander-Arnold. Gambar kecil: Steve Nicol
Alexander-Arnold. Gambar kecil: Steve Nicol
A
A
A

PERTAHANAN Liverpool, Trent Alexander-Arnold perlu meningkatkan aksinya di posisi berkenaan dalam usaha mengukuhkan lagi kawalan di bahagian tengah skuad The Reds itu.

Perkara berkenaan ditegaskan bekas pertahanan Liverpool, Steve Nicol yang menyifatkan graduan dari akademi Liverpool berusia 22 tahun itu masih belum menyerlahkan kemampuan sebenarnya di posisi berkenaan.

“Bagi saya, dia (Alexander-Arnold), masih perlu meningkatkan permainannya di posisi berkenaan, khususnya dari segi teknik bertahan; samada ketika beraksi dengan Liverpool mahupu ketika beraksi dengan skuad kebangsaan England.

“Dalam beberapa perlawanan sejak kebelakangan ini, saya melihat dia berdepan detik sukar kerana secara kebiasaannya ia tidak begitu.

“Oleh itu, saya harap dia dapat mempertingkatkan lagi mutu permainannya dan menyerlahkan kemampuan sebenarnya di posisi itu,” katanya.

Untuk rekod, Alexander-Arnold telah membuat 150 penampilan bersama The Reds dan 12 bersama skuad kebangsaan England selain turut memiliki medal Liga Juara-Juara dan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Tambah Nicol, berdasarkan rekod berkenaan, Alexander-Arnold seharusnya perlu menyerlahkan kemampuan sebenarnya dan sekali gus membantu benteng pertahanan pasukan.

“Daripada pemerhatian saya, dia dilihat agak bergelut untuk kembali beraksi cemerlang dan dia digantikan oleh pemain lain ketika Liverpool tewas 0-1 kepada Southampton, Isnin lalu.

Artikel Berkaitan:

“Namun, dia agak cemerlang bagi membantu jentera serangan menerusi 39 assists yang dilakukannya setakat ini,” katanya.