Wanita ditahan, pandu kereta lawan arus

Tangkap layar daripada video yang tular menyaksikan seorang wanita memandu secara lawan arus di Lebuhraya Senai-Desaru arah Desaru berhampiran susur keluar ke Tol Cahaya Baharu, Pasir Gudang pada Khamis. - Gambar kecil: Ayob Khan
Tangkap layar daripada video yang tular menyaksikan seorang wanita memandu secara lawan arus di Lebuhraya Senai-Desaru arah Desaru berhampiran susur keluar ke Tol Cahaya Baharu, Pasir Gudang pada Khamis. - Gambar kecil: Ayob Khan
A
A
A

JOHOR BAHRU - Polis menahan seorang wanita yang memandu secara melawan arus di Lebuhraya Senai-Desaru arah Desaru berhampiran susur keluar ke Tol Cahaya Baharu, Pasir Gudang pada Khamis.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, wanita berusia 46 tahun itu ditahan selepas hadir ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam, di sini pada jam 9.30 pagi Sabtu.

"Suspek ditahan bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. Pihak polis bertindak selepas Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Johor mendapat satu rakaman video pada 9 Januari 2021.

"Rakaman video menerusi dash cam berdurasi 0.48 saat pada jam 12 tengah hari itu tular di media sosial berkaitan sebuah kereta dipandu secara berbahaya dengan menyongsang arus," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Katanya, selepas mendapat maklumat, polis berjaya mengenal pasti butiran kereta tersebut dan kejadian berkenaan dirakam orang awam dipercayai berlaku pada jam 4.30 petang Khamis.

Menurutnya, polis Johor akan memastikan siasatan dijalankan dengan telus dan tindakan pertuduhan di mahkamah atas kecuaian suspek yang jelas mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya lain.

Tegas beliau, polis Johor memandang serius perbuatan itu dan tidak akan berkompromi serta mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang melanggar undang-undang.

Pihaknya merakamkan terima kasih kepada orang awam yang menyalurkan maklumat dalam membantu polis sehingga suspek berjaya ditahan.

Artikel Berkaitan: