Peniaga didakwa mengaku kononnya sepupu TMJ

Mohd Yazzid (kiri) yang mengaku kononnya sepupu TMJ didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada Ahad atas pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM2.45 juta.
Mohd Yazzid (kiri) yang mengaku kononnya sepupu TMJ didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada Ahad atas pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM2.45 juta.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seorang peniaga mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Ahad terhadap pertuduhan terlibat dalam pengubahan wang haram membabitkan RM2.45 juta dengan mengaku kononnya sebagai kerabat Diraja Johor, dua tahun lalu.

Mohd Yazzid, 40, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan kepadanya di hadapan Hakim, Ahmad Fuad Othman.

Tertuduh didakwa menggunakan nama 'Tunku Yazzid' kononnya sepupu kepada Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk meyakinkan sebuah syarikat bagi mendapatkan projek membersih hutan di sebuah daerah di negeri ini.

Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa memperoleh wang tunai berjumlah RM2.45 juta daripada seorang lelaki yang merupakan hasil aktiviti haram.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di luar sebuah bank di Jalan Permas Jaya 10/2, Bandar Baru Permas Jaya di sini pada 16 April 2019.

Pertuduhan mengikut Subseksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613).

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara 15 tahun dan boleh didenda lima kali ganda jumlah atau hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan atau RM5 juta, yang mana lebih tinggi.

Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Farid Ahmad Kamal menawarkan jaminan terhadap tertuduh sebanyak RM250,000 dengan seorang penjamin.

Artikel Berkaitan:

Peguam, Shaikh Saleem SM Daud yang mewakili tertuduh bagaimanapun memohon mahkamah memberikan jaminan minimum dengan alasan tertuduh hilang punca pendapatan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan susulan pandemik Covid-19.

Mahkamah menetapkan jaminan sebanyak RM100,000 dengan seorang penjamin dan sebutan kes pada 1 Februari depan.