‘Lockdown’ akan jejas sektor ekonomi, pekerjaan

Perintah berkurung menyebabkan ekonomi menguncup dan juga ramai kehilangan pekerjaan. Gambar kecil: Shamsuddin Bardan
Perintah berkurung menyebabkan ekonomi menguncup dan juga ramai kehilangan pekerjaan. Gambar kecil: Shamsuddin Bardan
A
A
A

SHAH ALAM - Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) berharap kerajaan tidak mengumumkan perintah berkurung atau lockdown sebagai langkah mengatasi peningkatan Covid-19 kerana ia bakal menjejaskan sektor ekonomi dan pekerjaan.

Pengarah Eksekutif MEF, Datuk Shamsuddin Bardan berkata, Malaysia telah mengalami kerugian RM42 bilion ketika melaksanakan lockdown pada tahun lepas.

Menurutnya, pelaksanaan itu menjejaskan kestabilan ekonomi negara dan memberi kesan buruk kepada golongan majikan dan pekerja.

“Sebab itu, bila kita lihat pada Mac lalu, lockdown menyebabkan ekonomi menguncup kira-kira 17 peratus dan juga ramai kehilangan pekerjaan pada masa itu.

“Kalau kita mengatakan tentang kehilangan pekerjaan, lebih daripada 100,000 sebenarnya pekerja telah diberhentikan pada masa sekarang sehingga Disember tahun lalu,” katanya di sini pada Sabtu.<

ARTIKEL BERKAITAN: Situasi Covid-19 kritikal, KKM cadang PKP bersasar

Sementara itu, Kongres Kesatuan Pekerja Malaysia (MTUC) juga menyokong tindakan kerajaan dalam melaksanakan langkah baharu berikutan ketidakpatuhan orang ramai pada prosedur operasi standard (SOP) yang sedia ada.

Pemangku Presiden MTUC, Mohd Effendy Abdul Ghani berkata, kerajaan perlu memperketatkan SOP di kawasan bekerja yang mempunyai risiko kes tinggi.

Artikel Berkaitan:

Mohd Effendy
Mohd Effendy

Mohd Effendy berkata, beliau mendapati penguatkuasaan SOP dalam kalangan masyarakat dilihat longgar.

“Bagi saya sebenarnya SOP sudah ada, cuma perlu diperketatkan lagi. Sebab kalau kita tengok kes-kes Covid-19 ini meningkat di tiga sektor iaitu pembuatan, pembinaan dan pertanian.

“Saya rasa perlu ada penguatkuasaan untuk memastikan semua rakyat ikut SOP yang ditetapkan itu,” katanya.

Terdahulu, Malaysia merekodkan kes harian tertinggi iaitu 3,027 kes positif pada 7 Januari 2020.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka mengumumkan langkah terbaru kerajaan dalam menangani Covid-19 di Malaysia pada Isnin ini.

ARTIKEL BERKAITAN: [DIKEMASKINI] Covid-19: PM buat pengumuman Isnin ini