Main banjir: Wanita dari zon merah dikompaun gagal patuh SOP

Orang ramai mengambil peluang bermain banjir apabila air Sungai Golok melimpah ke kampung-kampung di Rantau Panjang.
Orang ramai mengambil peluang bermain banjir apabila air Sungai Golok melimpah ke kampung-kampung di Rantau Panjang.
A
A
A

RANTAU PANJANG - Seorang wanita dari zon merah yang pulang ke kampung antara 14 individu yang dikompaun RM1,000 ketika bermain banjir di pekan ini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohamad Roy Suhaimi Sharif berkata, kompaun itu dikeluarkan selepas gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) iaitu berkumpul secara beramai-ramai dan tidak menjaga penjarakkan fizikal serta tidak memakai pelitup muka.

"Bila ditanya kenapa bermain banjir, wanita yang datang dari Kota Bharu itu memberi alasan tidak tahu boleh berkumpul secara beramai-ramai.

"Begitu juga dengan individu-individu lain yang dikenakan kompaun dalam operasi tersebut turut memberikan alasan sama," katanya kepada pemberita di sini pada Sabtu.

Menurutnya, operasi pematuhan SOP akan terus dilakukan dalam usaha mendidik masyarakat untuk memutuskan pandemik Covid-19.

Polis sentiasa melakukan rondaan berkala di lokasi-lokasi tumpuan orang ramai bagi memastikan SOP dipatuhi.
Polis sentiasa melakukan rondaan berkala di lokasi-lokasi tumpuan orang ramai bagi memastikan SOP dipatuhi.

Katanya, polis sentiasa melakukan rondaan berkala di lokasi-lokasi tumpuan orang ramai bagi memastikan SOP dipatuhi.

Mohamad Roy berkata, polis sama sekali tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang melanggar SOP.

Artikel Berkaitan:

"Ini bukan soal bermain banjir, tetapi pematuhan SOP. Kita masih belum menang dalam melawan pandemik itu. Jangan tunggu Covid-19 merebak baru kita hendak cegah.

"Ingat mencegah lebih baik daripada mengubati," katanya.