MCW persoal unit integriti gagal tangani rasuah

Jais (kiri) menyampaikan sijil penghargaan kepada wartawan Sinar Harian, Muhammad Afham Ramli atas laporan pembongkaran isu kartel daging haram baru-baru ini.
Jais (kiri) menyampaikan sijil penghargaan kepada wartawan Sinar Harian, Muhammad Afham Ramli atas laporan pembongkaran isu kartel daging haram baru-baru ini.
A
A
A

KAJANG - Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) mempersoalkan unit integriti di setiap jabatan penguat kuasa yang dilihat gagal menangani isu rasuah di jabatan terbabit.

Presidennya, Jais Abdul Karim berkata, pihaknya melihat unit itu seperti gagal berfungsi dengan baik dan menyifatkannya sebagai satu perkara yang serius.

"Perkara ini perlu diambil perhatian serius oleh pihak kerajaan terutama daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC).

"Selain itu, tahun ini kita mempunyai strategi sendiri di dalam mewakili suara rakyat bersama media dalam membongkar pelbagai isu rasuah, misalnya yang melibatkan kes yang dibongkarkan Sinar Harian iaitu kes kartel daging sejuk beku di dalam negara," katanya selepas menyampaikan sijil penghargaan MCW kepada wakil Sinar Harian di Pejabat MCW di sini pada Sabtu.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan eksklusif yang dilaporkan Sinar Harian berkenaan kartel daging haram yang ditumpaskan di Senai, Johor pada awal Disember lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Kartel tukar daging haram jadi halal

Seludup wagyu dalam kontena babi

Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya komited untuk bekerjasama berkenaan pembongkaran kartel di Malaysia, bukan sahaja isu daging tetapi pelbagai jenayah berkaitan rasuah.

Artikel Berkaitan:

"Antara kaedah yang akan kami gunakan adalah dengan terus mendidik masyarakat agar menyalurkan maklumat kepada pihak media untuk melakukan laporan pendedahan yang perlu," katanya.

Tegasnya, pihaknya juga berhasrat untuk mengambil tindakan undang-undang kepada individu yang dikenal pasti menjadi kartel dan bersekongkol dengan agensi penguat kuasa.

Katanya lagi, MCW berazam untuk memberi pengiktirafan sewajarnya kepada pihak media dan individu lain yang berani membongkar kegiatan rasuah.

Justeru, pihaknya berharap Sinar Harian lebih agresif memastikan Malaysia terus bebas daripada rasuah melalui pendedahan yang berani dalam memastikan isu kartel ini terus diperangi.