X

Kindly register in order to view this article
!

Banjir di Johor semakin pulih, hanya 485 mangsa di PPS

Pihak berkuasa tempatan (PBT) melakukan kerja-kerja pembersihan sampah-sarap di pusat bandar Kota Tinggi pada Jumaat.
A
A

JOHOR BAHRU - Banjir di Johor semakin pulih apabila hanya 485 mangsa banjir daripada 129 keluarga masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 4 petang pada Sabtu.

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor, R Vidyananthan berkata, jumlah itu terus menunjukkan penurunan berbanding 1,207 orang daripada 305 keluarga setakat jam 12 tengah hari.

"Sebanyak empat PPS sudah ditutup antaranya Sekolah Kebangsaan (SK) Semangar di Kota Tinggi pada jam 1 tengah hari dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kuo Kang di Johor Bahru pada jam 2.30 petang.

"Dua lagi PPS yang ditutup adalah SK Kahang dan SK Kahang Batu 8 di Kluang. Kedua-duanya ditutup pada jam 2 petang tadi (Sabtu)," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini pada Sabtu.

Beliau berkata, ketika ini terdapat sembilan PPS yang masih beroperasi di tiga daerah, manakala di Kluang dan Johor Bahru tiada lagi mangsa banjir ditempatkan di PPS serta dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

"Hanya Kota Tinggi, Mersing dan Segamat yang masih menempatkan mangsa banjir di PPS, namun dalam jumlah yang sedikit," katanya.

Katanya, dua jalan utama masih ditutup iaitu Jalan Haji Suhud berhampiran Taman Muhibbah di daerah ini kerana jambatan runtuh dan Jalan Tanah Abang di Mersing yang tidak dapat digunakan untuk semua kenderaan sejak Khamis.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!