X

Kindly register in order to view this article
!

Polis buru empat PATI lari dari Depot Tahanan Imigresen

PATI yang melarikan diri dan kini diburu polis.
A
A

NILAI - Polis sedang memburu empat pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia yang melarikan diri dari Depot Tahanan Imigresen, Lenggeng di sini pada 2 Januari lalu.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman berkata, sejurus menerima laporan berkaitan tujuh PATI yang melarikan diri, pihaknya telah membuat operasi khas bersepadu yang dilaksanakan bermula 2 hingga 7 Januari.

Menurutnya, operasi yang dilakukan bersama Ibu Pejabat Polis Daerah KLIA Selangor, Pasukan Gerakan Am Briged Tengah dan Jabatan Imigresen Malaysia berjaya menahan semula tiga PATI yang melarikan diri di kawasan Ladang Beranang, Lenggeng.

Mohd Fazley Ab Rahman
Mohd Fazley Ab Rahman

"Kini pihak polis dan Jabatan Imigresen Malaysia masih lagi meneruskan gerakan mengesan empat orang lagi PATI yang melarikan diri," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Sabtu.

Katanya, pihak polis telah menjalankan siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 223/224 Kanun Keseksaan iaitu penjawat awam dengan cuai membiarkan seseorang lari dari pengurungan atau tentangan terhadap penangkapan yang sah dari segi undang-undang.

Orang ramai yang mempunyai maklumat dan mengetahui kedudukan empat lagi PATI boleh menghubungi Pegawai Penyiasat di talian 017-8339937 atau hubungi IPD Nilai di talian 06 7583222 atau mana-mana balai polis berhampiran.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!