X

Kindly register in order to view this article
!

Covid-19: Jangkitan di Thailand melepasi 10,000 kes

Foto 123RF
A
A

BANGKOK - Jumlah kes Covid-19 di Thailand telah melepasi 10,000 dengan 212 kes baharu dilaporkan pada Sabtu.

Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi bagi Covid-19 (CCSA), Thaweesilp Wissanuyothin berkata, daripada 212 kes baharu itu, 193 adalah penularan tempatan dan 19 kes import, manakala sifar kematian dilaporkan dalam tempoh 24 jam lepas, menjadikan jumlahnya kepada 10,053 kes dan 67 kematian.

“Sejak pertengahan Disember, wabak itu telah merebak ke 58 wilayah di negara ini,” katanya pada taklimat harian Covid-19 di sini pada Sabtu.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan Awam memaklumkan wabak terkini itu berkemungkinan reda pada hujung Januari.

Ketua Pengarah Jabatan Kawalan Penyakit, Dr Opas Karnkawinpong berkata, 20 wilayah di negara ini tidak melaporkan kes baharu selama tujuh hari.

“Jika kita meneruskan usaha mengehadkan penularan wabak, kita akan melihat penurunan jumlah kes baharu harian menjelang hujung bulan ini.

“Pada waktu ini, kita boleh katakan bahawa kita telah melakukan langkah-langkah yang baik untuk mengawal wabak ini,” katanya.

Thailand, negara pertama di luar China yang mengesan kes Covid-19 pada Januari tahun lepas dan berjaya memastikan penularan jangkitan pada kadar rendah sehingga pertengahan Disember.

Wabak terkini di pasar makanan laut di Samut Sakhon menyaksikan jumlah kes Covid-19 meningkat kepada 5,604 kes dalam tempoh kira-kira tiga minggu. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!