X

Kindly register in order to view this article
!

'Majoriti kecil tak beri masalah PN tadbir negara'

Tuan Ibrahim
A
A

SHAH ALAM - Majoriti kecil kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak memberi masalah kepada kerajaan untuk mentadbir negara sekiranya semua parti kerajaan bersatu padu tanpa menimbulkan sebarang polemik

Menurut Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, ada pihak berpandangan bahawa kedudukan majoriti sangat tipis sehingga memerlukan Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15) segera diadakan meskipun ketika Covid-19 dan banjir menjadi isu utama bagi rakyat.

"Bagi saya majoriti kecil tidak menjadi masalah besar dan semua tetap berpadu, sepakat dan tidak timbulkan polemik.

ARTIKEL BERKAITAN: UMNO desak segerakan PRU15

Tun M nasihat Muhyiddin letak jawatan

"Kolek kecil yang dinaiki penumpang tidak merbahaya, selagi mana penumpangnya berada dalam keadaan tenang dan tidak mengancam keselamatan kolek", katanya menerusi satu kenyataan di laman Facebooknya pada Sabtu.

Terdahulu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata, parti berkenaan mahu pilihan raya umum diadakan dengan segera bagi memastikan pembentukan kerajaan baharu yang stabil dan memperoleh mandat rakyat.

Ahmad Zahid berkata, PRU boleh dilaksanakan dengan mengambil contoh negara luar yang melakukan pilihan raya dalam situasi penularan wabak ketika ini.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!