X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 18 Oktober 2021

ATM sedia bina hospital medan tampung pesakit Covid-19

Affendi (kanan) meletakkan plaka Old Putera (OP) 78 pada Majlis Perasmian Monumen dan Peletakan Plaka Old Putera 78 di Maktab Tentera Diraja (MTD) di Kuala Lumpur pada Sabtu. - Foto Bernama
A
A

KUALA LUMPUR - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersedia mewujudkan hospital medan bagi pesakit Covid-19 sekiranya ada keperluan.

Panglima ATM, Jen Tan Sri Affendi Buang berkata, ketika ini, hospital medan terbesar ialah di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) yang berkapasiti 10,000 katil.

“Berkemungkinan besar Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan tambah lagi (hospital medan) jika peningkatan kes berterusan dan kapasiti di MAEPS tidak dapat tampung (pesakit Covid-19).

"Buat masa ini, ATM bekerjasama dengan KKM bagi menentukan keupayaan hospital medan itu dapat membantu dan menampung keperluan semasa. Ini merupakan proses yang berterusan," katanya selepas merasmikan monumen dan peletakan plak Old Putera (OP) 78 di Maktab Tentera Diraja Sungai Besi, di sini pada Sabtu.

Hadir sama Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Zamrose Mohd Zain dan Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Ackbal Abdul Samad

Mengulas mengenai situasi banjir yang melanda beberapa negeri, Affendi berkata, ATM sedia menambah jumlah anggota dan aset untuk dikerah bagi membantu operasi banjir sekiranya keadaannya bertambah teruk.

"Berdasarkan keadaan semasa, jumlah anggota dan aset-aset mencukupi iaitu kira-kira 4,900 anggota dan juga 1,015 pelbagai aset ATM telah dikerahkan di seluruh negeri yang terjejas banjir teruk," katanya.

Ditanya perkembangan terkini mengenai ancaman siber selepas berlaku serangan siber terhadap rangkaian data milik ATM sebelum ini, Affendi memberi jaminan ketika ini sistem pertahanan negara selamat dan pihaknya sentiasa menambah baik keupayaan sedia ada. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!