X

Kindly register in order to view this article
!

Tidak sesuai keluarkan kenyataan secara terbuka di media

MAHDZIR
A
A

PADANG TERAP - Pemimpin UMNO dinasihatkan agar tidak menggunakan platform media untuk mengeluarkan sebarang kenyataan secara terbuka terutamanya yang menghentam antara satu sama lain.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, tindakan yang banyak berlaku sejak kebelakangan ini melibatkan beberapa pimpinan tertinggi UMNO, menteri-menteri daripada UMNO serta bekas pimpinan tertinggi UMNO disifatkan sebagai satu perkara yang amat tidak sesuai dilakukan ketika ini.

"Sebaiknya mereka perlu mencari platform lain untuk berbuat demikian. Ada medan yang boleh keluarkan kenyataan tapi kalau dah seronok pakai media ni apa salahnya guna ja lah, tapi tak sesuai untuk menjadikan media sebagai tempat untuk keluarkan apa juga kenyataan, cari lah medan yang lain," katanya kepada pemberita selepas Program Sumbangan Pakaian sekolah Oleh Yayasan Kemiskinan Darul Aman (Yaked) di Kuala Nerang,di sini pada Sabtu.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai kesesuaian mengadakan Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15), Mahdzir berkata, tarikh yang bersesuaian adalah ketika kes-kes melibatkan Covid-19 mulai reda.

Katanya, ia selaras dengan kenyataan yang dikeluarkan Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang bersetuju untuk PRU15 diadakan dalam masa terdekat iaitu sebelum berakhir suku pertama 2021 bagi membolehkan mandat baharu diserahkan kepada rakyat namun tertakluk kepada keadaan Covid-19.

"Saya fikir semua faham suasana sekarang ini dan kalau Majlis Tertinggi UMNO yang baharu bermesyuarat minta ada pilihanraya, ayatnya bersetuju adakan pilihanraya dalam masa terdekat, walau bagaimanapun ia tertakluk kepada keadaan Covid-19 yang ada.

"Kalau keadaan Covid-19 sampai begini, kita tak juga minta untuk diadakan, maksud saya pada masa yang sesuai dengan keadaan Covid-19, semua orang faham lah dengan keadaan sekarang banjir lagi di sesetengah negeri," katanya.

Terdahulu, Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyatakan bahawa bukan hanya akar umbi UMNO, sebaliknya seluruh rakyat negara ini menolak desakan agar PRU15 diadakan dalam masa terdekat.

Menurut Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi itu, tindakan segelintir pemimpin UMNO yang mahukan PRU15 diadakan sebelum berakhir suku pertama tahun ini disifatkan sebagai pendirian yang tidak bertanggungjawab.

Sebelum ini, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendesak agar PRU15 diadakan secepat mungkin bagi mengembalikan mandat kepada rakyat untuk memilih kerajaan baharu.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!