Tiga sekeluarga nyaris dihanyut banjir

Sebuah pacuan empat roda yang terperangkap dalam banjir di bawah jambatan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) di Chukai pagi Sabtu. - Foto ihsan polis
Sebuah pacuan empat roda yang terperangkap dalam banjir di bawah jambatan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) di Chukai pagi Sabtu. - Foto ihsan polis
A
A
A

KEMAMAN - Tiga sekeluarga nyaris dihanyutkan air selepas kenderaan yang dinaiki mereka terperangkap dalam air banjir di bawah jambatan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) di Chukai di sini pagi Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 10.30 pagi ketika mangsa yang datang dari Kuantan, Pahang itu menghala ke Mak Lagam di sini.

Menurutnya, apabila sampai di lokasi kejadian, pihaknya mendapati sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Ford Ranger telah meredah air banjir di kawasan berkenaan walaupun jalan itu telah ditutup kepada semua jenis kenderaan.

Pihak berkuasa membantu mengeluarkan pacuan empat roda yang terperangkap di bawah jambatan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) di Chukai pagi Sabtu. - Foto ihsan polis
Pihak berkuasa membantu mengeluarkan pacuan empat roda yang terperangkap di bawah jambatan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) di Chukai pagi Sabtu. - Foto ihsan polis

"Tindakan tersebut telah menyebabkan kenderaan mangsa rosak dan tenggelam di dalam air.

"Dalam kenderaan itu, terdapat tiga mangsa iaitu dua lelaki dan seorang perempuan yang berusia antara 20 hingga 40 tahun. Kesemua mereka berjaya keluar dari kereta untuk menyelamatkan diri.

"Pihak polis dan bomba yang berada di lokasi turut memberikan bantuan kepada mangsa dan mengeluarkan kenderaan mereka," katanya.

Beliau turut mengingatkan kepada orang ramai agar mematuhi arahan pihak berkuasa terutamanya melibatkan laluan yang dinaiki air agar dapat mengelakkan tragedi yang tidak diingini.

Artikel Berkaitan: