PRU15: Jangan ketepikan kepentingan rakyat

Mohd Redzuan
Mohd Redzuan
A
A
A

ALOR GAJAH - Tindakan pihak tertentu mendesakan Pilhan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan seolah-olah mengenepikan kepetingan rakyat.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof berkata, sewajarnya semua kepimpinan parti politik menumpukan usaha membantu kerajaan untuk membangunkan negara.

"Dalam keadaan hari ini, tolaklah kepentingan diri sendiri, sekarang kita sedang memerangi musuh yang tak nampak (Covid-19) ditambah bencana banjir dan sebagainya.

ARTIKEL BERKAITAN: 'PM rancang PRU15 selepas vaksin diedar'

'Tak sesuai banding pilihan raya negara lain untuk buat PRU15'

PRU15 biarlah tunggu Covid-19 selesai: Abdul Hadi

"Jika masih ada pemimpin politik yang masih bersifat berkepentingan kita mempunyai undang-undang untuk mengadilinya," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Khatan Perdana 5.0 "Etno-Sains Bertanjak" di Anggerik Malaysia, di Melekek di sini, pada Sabtu.

Artikel Berkaitan:

Jelasnya, pada waktu ini apa yang lebih penting adalah memberi fokus kepada kestabilan politik dan kestabilan urus tadbir negara supaya ekonomi negara dapat dibangunkan semula.

"Kalau mereka politikkan hal (PRU) ini susahlah nak maju ke depan, sebab kita dah nampak hari ini orang melihat di sekeliling kita cara kita mentadbir urus negara," katanya.

Mengulas lanjut, Mohd Redzuan berkata, tiada pergeseran yang berlaku di antara parti UMNO dan Bersatu namun yang berlaku adalah perbezaan pendapatan selain setiap parti mempunyai cara serta acuan sendiri untuk mendapat keyakinan rakyat.

Terdahulu dalam program itu, Mohd Redzuan tutut menyantuni 77 peserta berkhatan berusia lima hingga 10 tahun yang diadakan dalam suasana mengikut tradisi dan budaya dengan mengenakan tanjak serta berbaju Melayu.

Program yang bermula seawal jam 7 pagi itu turut menjadi medium merapatkan ukhuwah di antara penganjur dengan badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat setempat.