Dua beradik pengedar dadah tumpas

Rumah di mana dua beradik dan rakannya menyembunyikan bekalan dadah.
Rumah di mana dua beradik dan rakannya menyembunyikan bekalan dadah.
A
A
A

TANAH MERAH - Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 Kuantan menumpaskan sindiket pengedaran dadah selepas menahan dua beradik bersama rakannya dalam serbuan di Kemahang di sini pada Sabtu.

Dalam serbuan pada jam 9.57 pagi itu PGA turut merampas 253 biji pil Yaba dan 4.48 gram Syabu.

Pegawai Pemerintah PGA Batalion 7 Kuantan, Superintendan Azhari Nusi berkata, kesemua suspek yang ditahan dalam serbuan itu mempunyai rekod jenayah lampau.

"Hasil saringan ujian air kencing yang dilakukan mendapati ketiga-tiga mereka yang berusia antara 27 hingga 31 tahun itu turut positif dadah," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

PGA Batalion 7 Kuantan merampas 253 biji pil Yaba dan 4.48 gram Syabu.
PGA Batalion 7 Kuantan merampas 253 biji pil Yaba dan 4.48 gram Syabu.

Menurutnya, siasatan awal mendapati suspek dua beradik dan rakannya itu merupakan rakan sekampung dan mendapatkan bekalan dadah tersebut daripada seorang lelaki yang dikenali sebagai Mie Tok Cha.

Beliau berkata, suspek kemudian akan menjual bahan larangan itu kepada penagih-penagih sekitar kawasan Felda Kemahang.

"Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM2,978," katanya.

Artikel Berkaitan: