Klopp puas hati Liverpool menang

Kloop berpuas hati dengan aksi The Reds.
Kloop berpuas hati dengan aksi The Reds.
A
A
A

PENGENDALI Liverpool, Jurgen Klopp nyata gembira dan berpuas hati dengan kemenangan 4-1 ke atas Asron Villa pada aksi Piala FA Inggeris di Villa Park, awal pagi Sabtu.

Menurut Klopp, kesebelasan The Reds telah mempamerkan aksi mantap terutamanya pada separuh masa kedua bagi mencatatkan kemenangan berkenaan.

"Pemain Villa telah beraksi dengan baik tetapi kami berjaya menjaringkan gol awal namun selepas itu, permainan kami agak menurun dan ini adalah masalah biasa dalam bola sepak.

"Bagaimanapun, pada separuh masa kedua, kami mula beraksi seperti biasa dan akhirnya kami memenangi perlawanan ini dengan cara yang sepatutnya," katanya.

Pada perlawanan berkenaan, Liverpool membuka jaringan seawal minit ke-4 menerusi Sadio Mane, namun Louie Barry berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-41.

Separuh masa kedua menyaksikan Liverpool menggandakan asakan dan hasilnya mereka menjaringkan tiga gol menerusi Georginio Wijnaldum pada minit ke-60 sebelum Mane menyumbat gol ketiga tiga minit berselang dan penyerang sensasi, Mohamed Salah menjaringkan gol keempat pada minit ke-65 bagi melengkapkan kemenangan The Reds.

Sementara itu, Klopp menegaskan skuad kendaliannya itu sebenarnya menerima tentangan yang agak sengit daripada kesebelasan muda Villa yang rata-ratanya pemain dari akademi bola sepak mereka sendiri.

Malah Klopp turut mengakui tidak banyak mengetahui mengenai pasukan berkenaan sebelum bertandang ke Villa Park.

Artikel Berkaitan:

"Sejujurnya, saya langsung tidak tahu, tidak ada idea mengenai pasukan Villa yang kami tentang hari ini.

"Apa pun, pemain dari akademi ini kebiasaannya adalah pemain yang bagus dan jika kita tidak beraksi dengan baik, mereka akan berikan anda 'masalah.'

"Musim lalu, kita juga beraksi di sini (Villa Park) dengan menampilkan pemain muda dan mereka telah beraksi dengan baik," katanya.