Covid-19: Pengusaha sektor ekonomi perlu bersiap sedia

Chow Kon Yeow
Chow Kon Yeow
A
A
A

BUKIT MERTAJAM - Kerajaan Pulau Pinang mengingatkan kepada semua pengusaha sektor berkaitan ekonomi agar bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan termasuk perlaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negara ini.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, pihaknya difahamkan kerajaan Persekutuan akan mengadakan sesi libat urus dengan wakil-wakil sektor ekonomi dan industri bagi mengumpulkan balas berhubung kesan dihadapi sekiranya PKP diisytiharkan semula.

“Kita sedang menunggu hasil daripada rundingan serta sesi libat urus ini kerana pengalaman lalu telah mengajar kita bahawa setiap sektor akan menerima kesan yang berlainan bergantung kepada jenis perniagaan, operasi dan sebagainya.

“Jadi, saya menyeru kepada semua persatuan berhubung dengan sektor ekonomi juga perlu bersiap sedia merangka langkah-langkah bagi menghadapi sebarang kemungkinan ini,” katanya pada sidang akhbar selepas menyaksikan upacara angkat sumpah penerimaan jawatan 24 Ahli Majlis bagi Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) di sini pada Jumaat.

Kon Yeow berkata, Pulau Pinang kini memberikan tumpuan kepada persiapan untuk menyediakan pusat kuarantin bagi menghadapi peningkatan kes Covid-19 memandangkan saringan ke atas pekerja-pekerja asing sedang giat dijalankan.

Katanya, saringan pekerja-pekerja di kilang, tapak-tapak pembinaan serta lain-lain dijangka menghasilkan kes-kes positif dan perlu ditempatkan di pusat kuarantin berdasarkan keseriusan setiap pesakit.

“Bagi mereka yang serius (bergejala) akan dimasukkan ke hospital manakala bagi yang berada pada tahap satu serta dua (akan ditempatkan) di pusat kuarantin berisiko rendah,” katanya.

Artikel Berkaitan: