Petani maut tercampak jatuh jejambat

Mangsa maut di tempat kejadian.
Mangsa maut di tempat kejadian.
A
A
A

BUKIT MERTAJAM - Seorang petani maut terjatuh daripada jejambat setinggi lima meter selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah motosikal di Lebuhraya Kulim-Butterworth (BKE) di sini petang Jumaat.

Dalam kejadian jam 6.55 petang itu, mangsa Muhammad Hashim, 40, dari Bukit Indera Muda di sini menunggang motosikal jenis Honda Vario dan berlanggar dengan motosikal jenis Yamaha 135 LC yang ditunggang lelaki berusia 59 tahun.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, akibat kejadian itu mangsa tercampak jatuh daripada jejambat dan tidak sedarkan diri.

Menurutnya, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala serta badan dan pegawai perubatan yang tiba di lokasi kejadian mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.

"Penunggang motosikal Yamaha 135 LC turut mengalami kecederaan dikejarkan ke Hospital Bukit Mertajam untuk menerima rawatan.

"Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di persimpangan lampu isyarat Lebuhraya BKE Kubang Semang dan keadaan cuaca redup, jalan lurus, rata dan berturap," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.

Shafee berkata, terdapat kesan seretan ditemui di atas jalan raya.

Bagaimanapun katanya, siasatan lanjut masih dijalankan mengikut bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan: