X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 01 Julai 2022

Tiga remaja nyaris hanyut dibawa arus deras banjir

Gambar hiasan.
A
A

KOTA BHARU - Jeritan tiga remaja lelaki yang meminta pertolongan kerana nyaris hanyut dibawa arus deras ekoran banjir di Kampung Bakong, Pasir Mas, berjaya menyelamatkan mereka apabila diselamatkan anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) pada Jumaat.

Pegawai Operasi SMART, Mejar Shahrul Nizam Jaafar berkata, dalam kejadian jam 12.40 tengah hari itu, jeritan kesemua remaja berkenaan didengari tiga anggota SMART yang sedang bertugas di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Bakong.

"Kira-kira 300 ke 400 meter dari lokasi anggota bertugas, mereka terdengar suara orang menjerit meminta tolong dan melihat tiga remaja itu nyaris hanyut dibawa arus deras. Kemudian, anggota bertugas terus menaiki bot untuk menyelamatkan mereka.

"Operasi menyelamat itu mengambil masa kurang 15 minit dan kesemua mereka tidak mengalami kecederaan dan kini berada di PPS tersebut bersama keluarga mereka," katanya ketika dihubungi di sini.

Katanya, kesemua remaja berkenaan yang tinggal di Kampung Bakong merupakan rakan sekampung dan mereka cuba untuk menyeberangi ke PPS SK Bakong untuk menyelamatkan diri selepas kawasan perumahan mereka dinaiki air. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!