Hampir 3,000 anggota JAM dikerah bantu mangsa banjir

(dari kiri) Khairil Nizam bersama anggota JAM di Kota Tinggi, Johor. - sumber gambar: facebook Ir. Ts. Khairil Nizam
(dari kiri) Khairil Nizam bersama anggota JAM di Kota Tinggi, Johor. - sumber gambar: facebook Ir. Ts. Khairil Nizam
A
A
A

SHAH ALAM - Hampir 3,000 anggota Jabatan Amal Malaysia (JAM), Dewan Pemuda Pas (DPP) dari seluruh negara bakal dikerah untuk berkhidmat kepada rakyat yang terkesan akibat bencana banjir.

Ketua Pemuda Pas, Ir Khairil Nizam Khirudin berkata, beliau telah pun merasmikan pelancaran Operasi Bantuan Banjir JAM di Kota Tinggi, Johor pada Jumaat.

Menurutnya, antara negeri yang diarahkan untuk bertugas adalah di Johor pada hujung minggu ini selain Selangor, Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan dan juga Melaka.

Khairil Nizam merasmikan pelancaran Operasi Bantuan Banjir JAM di Kota Tinggi, Johor pada Jumaat. - sumber gambar: Facebook Ir. Ts. Khairil Nizam
Khairil Nizam merasmikan pelancaran Operasi Bantuan Banjir JAM di Kota Tinggi, Johor pada Jumaat. - sumber gambar: Facebook Ir. Ts. Khairil Nizam

“Mereka ini akan berkhidmat di kawasan yang menjadi tumpuan utama iaitu di Kota Tinggi (Ops Bersih), Tenggara (Ops Bersih), Semberong (Ops Bersih) dan Mersing (Dapur Rakyat).

“Manakala anggota JAM daripada negeri utara iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak pula ditugaskan untuk berkhidmat di Pahang,” katanya menerusi hantaran Facebook miliknya pada Jumaat.

Dalam pada itu, beliau berkata, Kelantan dan Terengganu dibekukan pergerakan anggota JAM bagi bersiap siaga membantu banjir yang melanda beberapa kawasan di negeri masing-masing.

Artikel Berkaitan: