Benarkah mahkamah ‘zalim’?

No Image Caption
A
A
A

RAKYAT Malaysia sebetulnya terkejut dengan kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Katanya, kes mahkamah ‘zalim’ punca UMNO tak puas hati dengan Perikatan Nasional (PN). Soal agihan jawatan dalam kerajaan pun tak sebesar itu rasa tak puas hati UMNO.

Betulkah tuduhan ke atas beberapa orang pemimpin utama UMNO, termasuk membabitkan beliau sendiri, tak ada asas? Apakah itu sekadar agenda Tun M dan mantan Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas?

Dalam kes membabitkan 1MDB, mereka yang terkait dah didakwa dan didapati bersalah di seluruh dunia.

Dalam kes Presiden UMNO sekarang, lebih 40 tuduhan dikenakan pada beliau. Tapi hanya di negara ini, orang yang begitu masih dibenarkan pimpin sebuah parti besar.

Awang nak nasihat Ahmad Maslan, mahkamah kita tidak zalim. Orang yang mendakwa mereka juga tidak zalim. SPRM tidak zalim.

Syukur Alhamdulillah, mahkamah kita nampak bebas. Itu peluang bagi semua yang dituduh untuk buktikan mereka tak bersalah di mahkamah.

Nampaknya apabila Tan Sri Perdana Menteri tak campur tangan urusan kehakiman atau gugurkan kes pemimpin UMNO, tiba-tiba sistem jadi zalim dan kerajaan patut ditukar.

Artikel Berkaitan:

Siapakah yang anggap diri mereka di atas undang-undang sebenarnya?