Surat sokong Anwar: Selepas akar umbi, NGO pula desak siasat

Zulhafizi (tengah) bersama beberapa ahli Gerak Ekonomi Melayu Keramat menunjukkan laporan polis dibuat di Balai Polis Ampang, Kuala Lumpur pada petang Jumaat.
Zulhafizi (tengah) bersama beberapa ahli Gerak Ekonomi Melayu Keramat menunjukkan laporan polis dibuat di Balai Polis Ampang, Kuala Lumpur pada petang Jumaat.
A
A
A

SHAH ALAM - Setelah beberapa pemimpin UMNO mendesak dakwaan surat sokongan ahli Parlimen parti itu kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim disiasat, kini giliran sebuah badan bukan kerajaan (NGO) pula mengemukakan tuntutan sama.

Ketua Penerangan Gerak Ekonomi Melayu Keramat, Zulhafiz Hanafiah meminta polis menyiasat dakwaan dikemukakan bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa sebelum ini selain mengesahkan kesahihan surat tular berkenaan dengan segera.

"Kami mahu memastikan isu ini dapat diselesaikan secepat mungkin kerana rakyat berhak untuk tahu kesahihan dakwaan dikemukakan Tan Sri Annuar, lebih-lebih lagi ia membabitkan sebuah parti yang merupakan sebahagian parti kerajaan.

"Kami pun tidak mahu ada pihak teraniaya, baik Tan Sri Annuar atau pemimpin UMNO terlibat dan sekiranya ianya tidak sahih, tindakan undang-undang wajar diambil terhadap pihak bersalah," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Terdahulu, beliau dan anggota NGO tersebut membuat laporan polis di Balai Polis Ampang, Kuala Lumpur.

Zulhafiz berkata, melalui pengesahan kesahihan surat tular didakwa Annuar, rakyat akhirnya dapat membuat keputusan tepat untuk memilih siapa yang lebih layak bersama mereka bagi membangunkan ekonomi negara pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

"Paling penting, kita tidak mahu salah laku politik tidak bermoral berlaku dengan akhirnya parti politik Melayu terbesar itu menerima natijah negatif gara-gara agenda peribadi pemimpin politik tertentu," katanya.

Pada Selasa lalu, Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh mendedahkan surat sokongan yang ditandatangani oleh pemimpin tertinggi UMNO kepada Anwar Ibrahim.

Artikel Berkaitan:

Menurut Annuar, ini merupakan pertama kali surat bertarikh 11 Oktober itu didedahkan kerana beliau tidak bersetuju dengan pendirian menyokong Presiden PKR itu.

Beliau juga menjelaskan, antara isi kandungan surat sokongan yang dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong itu ialah untuk menjatuhkan kerajaan PN.

Dakwaan Annuar bagaimanapun dinafikan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menegaskan keputusan penukaran beliau adalah bagi mengembalikan amalan tradisi parti kepada Setiausaha Agung UMNO untuk menggalas tanggungjawab sebagai Setiausaha Agung BN.

Selain itu, alasan Menteri Wilayah Persekutuan itu ditukar kerana beliau dilihat pro-Bersatu dan sering membuat kenyataan bercanggah dengan kehendak pucuk kepimpinan parti.

ARTIKEL BERKAITAN: UMNO bekerjasama dengan DAP untuk bentuk kerajaan baharu, kata Annuar

Kerjasama UMNO-DAP: Najib nafi dakwaan Annuar

Annuar diganti sebab banyak aduan UMNO Bahagian