Situasi banjir di Perak semakin baik

Gambar hiasan 123RF
Gambar hiasan 123RF
A
A
A

IPOH - Situasi banjir di tiga daerah di Perak menunjukkan perkembangan lebih baik apabila jumlah mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) menurun kepada 145 orang setakat jam 5 petang pada Jumaat.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan PPS Dewan Serbaguna Chikus di Daerah Hilir Perak yang menempatkan 26 keluarga sebelum ini telah ditutup pada jam 9 pagi.

Bagaimanapun, menurutnya, PPS Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan masih aktif dengan menempatkan 120 mangsa daripada 31 keluarga.

“Mereka yang terjejas merupakan penduduk dari Kampung Batu 9, Kampung Simpang 3 dan Batu 10, Jalan Bidor,” katanya.

Menurutnya, jumlah mangsa yang di tempatkan di PPS Dewan Orang Ramai Kampung Perah di Daerah Hulu Perak masih kekal 16 mangsa daripada lima keluarga.

“Bagi Daerah Perak Tengah, sembilan mangsa daripada tiga keluarga masih ditempatkan di Dewan Orang Ramai Kampung Tanjung Aur, Bota kiri selepas pusat itu di buka pada Khamis,” katanya.

Artikel Berkaitan: