Sindiket rokok seludup di utara tumpas

Antara kenderaan yang dirampas polis susulan tumpasnya satu sindiket pengedaran rokok seludup di Pulau Pinang, pada Khamis.
Antara kenderaan yang dirampas polis susulan tumpasnya satu sindiket pengedaran rokok seludup di Pulau Pinang, pada Khamis.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kegiatan sindiket pengedaran rokok seludup yang aktif di utara tanah air tumpas dalam serbuan polis di Bukit Mertajam dan Nibong Tebal, Pulau Pinang, pada Khamis.

Timbalan Pengarah (Gerakan) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA), Datuk Azri Ahmad berkata, serbuan Op Asap hasil maklumat awam itu yang dilakukan sepasukan anggota Cawangan Perisikan dan Siasatan Khas, Pasukan Gerakan Khas JKDNKA berjaya menahan tiga lelaki tempatan.

"Serbuan ini berjaya merampas rokok pelbagai jenama dipercayai tidak bercukai selain empat buah van.

"Dianggarkan kesemua nilai rampasan berjumlah RM1.36 juta," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, kesemua suspek berusia 34 hingga 47 tahun direman empat hari sehingga 11 Januari di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.

Artikel Berkaitan: