Kesesuaian adakan PRU15 dinilai Jawatankuasa Pengurusan Pandemik

ABDUL GHANI
ABDUL GHANI
A
A
A

PUTRAJAYA- Kesesuaian untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan dinilai oleh Jawatankuasa Pengurusan Pandemik Covid-19.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, jawatankuasa itu terdiri daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), polis dan lain-lain agensi yang berkaitan.

"Jawatankuasa ini akan membuat penilaian risiko dan mengemukakan syor kepada kerajaan sama ada sesuai atau sebaliknya untuk mengadakan PRU," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Terdahulu, SPR yakin PRU 15 boleh dilaksanakan sekiranya semua pihak berganding bahu memberi kerjasama mematuhi norma baharu dan Garis Panduan Pencegahan Covid-19 meskipun negara masih bergelut dengan pandemik itu.

Awal minggu ini, suhu politik tanahair kembali meledak selepas portal melaporkan sumber mengesahkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi didakwa memberikan arahan kepada pemimpin UMNO untuk melepaskan jawatan dalam kerajaan dan agensi berkaitan kerajaan (GLC) sebelum 1 Februari.

Tindakan itu sebagai langkah untuk mencetuskan PRU15. UMNO adalah blok terbesar dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang hanya mempunyai majoriti tiga kerusi di Dewan Rakyat.

Artikel Berkaitan: