Polis cari Mohamad Daniell

Kenderaan disyaki milik individu terbabit yang ditinggalkan di Kampung Padang Temusu sebelum melarikan diri. Gambar kecil: Mohamad Daniell dicari bagi membantu siasatan kes pecah rumah.
Kenderaan disyaki milik individu terbabit yang ditinggalkan di Kampung Padang Temusu sebelum melarikan diri. Gambar kecil: Mohamad Daniell dicari bagi membantu siasatan kes pecah rumah.
A
A
A

SUNGAI PETANI - Polis sedang mengesan seorang individu bagi membantu siasatan kes pecah rumah mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang berlaku sekitar daerah ini, dua minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, individu itu dikenali sebagai Mohamad Daniell Abd Muthalib, 24, beralamat di Kampung Charuk Kelubi, Sungai Pasir, Sungai Petani.

"Pagi tadi kita telah mengesannya di Kampung Padang Temusu, bagaimanapun ketika didekati polis, dia bertindak melarikan diri sebelum anggota polis yang mengejarnya maut dilanggar sebuah motosikal," katanya.

Adzli difahamkan, individu itu telah meninggalkan keretanya dan melarikan diri kira-kira 500 meter sebelum melintas ke jalan utama disusuli anggota yang mengejar.

Seorang anggota polis maut dilanggar sebuah motosikal ketika mengejar lelaki terbabit.
Seorang anggota polis maut dilanggar sebuah motosikal ketika mengejar lelaki terbabit.

Katanya, anggota polis yang mengejarnya, Koperal K Mahadir Elis, 38, bagaimanapun maut dilanggar oleh seorang penunggang motosikal yang tidak menyedari kehadiran mangsa.

"Setakat ini, tiga lelaki telah ditahan berusia antara 32 hingga 50 tahun disyaki mempunyai kaitan dengan kes sama.

"Hasil semakan mendapati ketiga-tiga suspek ini mempunyai 18 rekod lampau berkaitan kes samun, curi kenderaan, dadah dan pecah rumah manakala ujian air kencing mendapati mereka positif dadah jenis methamphetamine," katanya.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta tampil atau menghubungi balai polis berhampiran.

ARTIKEL BERKAITAN: Anggota polis maut ketika kejar suspek pecah rumah