X

Kindly register in order to view this article
!

Tetap tunai solat Jumaat walaupun banjir

Penduduk sanggup meredah banjir untuk ke masjid menunaikan solat Jumaat di Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Rantau Panjang pada Jumaat.
A
A

RANTAU PANJANG - Paras air banjir sedalam 0.4 meter tidak menghalang penduduk untuk menunaikan kewajipan menunaikan solat Jumaat di Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra di sini pada Jumaat.

Tinjauan Sinar Harian mendapati rata-rata penduduk sanggup meredah banjir untuk menjalankan tanggungjawab itu.

Bukan itu sahaja, malah ada dalam kalangan jemaah mengambil inisiatif membawa pakaian lain bagi menggantikan pakaian sudah basah ketika mengharungi banjir.

Ada juga yang menggunakan pacuan empat rodaan untuk ke masjid terbabit.

Imam Satu Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Muhsin Abdullah berkata, kehadiran lebih 40 jemaah membolehkan solat Jumaat dilaksanakan.

Paras air banjir sedalam 0.4 meter tidak menghalang penduduk untuk menunaikan kewajipan solat Jumaat di Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Rantau Panjang pada Jumaat.
Paras air banjir sedalam 0.4 meter tidak menghalang penduduk untuk menunaikan kewajipan solat Jumaat di Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Rantau Panjang pada Jumaat.

"Kita telah maklumkan lebih awal kepada penduduk sekitar untuk melaksanakan solat Jumaat pada hari ini. Alhamdulillah mereka hadir.

"Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada para jemaah yang sanggup ke masjid walaupun berdepan sedikit kepayahan," katanya kepada pemberita di sini pada Jumaat.

Muhsin berkata, solat Jumaat itu berlangsung mengikut prosedur operasi standard (SOP) sebagaimana diarahkan kerajaan.

Sejurus selesai solat Jumaat, katanya, para jemaah turut menunaikan solat hajat bagi memohon bantuan kepada ALLAH supaya musibah banjir segera pulih termasuklah Covid-19.

"Saya juga terpaksa meredah banjir sejauh 400 meter selepas kawasan rumah ditenggelami banjir.

"Untungnya masjid ini berada di tempat yang tinggi. Jadi ahli jemaah boleh menunaikan solat Jumaat," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!