Najib terus desak kerajaan hapus syarat pengeluaran i-Sinar

NAJIB
NAJIB
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi menggesa kerajaan menghapuskan segala syarat pengeluaran berhubung pengeluaran i-Sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Beliau berkata, jika kerajaan mahu menggunakan alasan situasi Covid-19 sudah kritikal untuk tidak melaksanakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), maka kerajaan juga perlu menggunakan alasan sama untuk menghapuskan semua kriteria atau syarat pengeluaran i-Sinar.

"(Ini) bagi mengelak berjuta-juta rakyat beratur panjang di pejabat KWSP seluruh negara pada masa pandemik serta banjir untuk menyerah bukti dokumen atau untuk merayu setelah permohonan kategori 1 mereka ditolak.

"Ini baru adil," katanya di laman Facebook beliau pada Jumaat.

Terdahulu, walaupun ada arahan meminta Najib berhenti memberi tekanan kepada kerajaan berhubung pengeluaran i-Sinar, namun beliau tetap mahu kerajaan menghapuskan segala syarat pengeluaran itu segera.

Najib yang juga merupakan Ahli Parlimen Pekan berkata, pengeluaran i-Sinar perlu dibuat seperti mana i-Lestari.

”Siapa yang rasa mereka ada keperluan, biarlah mereka keluarkan sedikit duit jika mereka masih ada 'balance' (baki) dalam akaun.

“Bukan nak keluarkan semua pun. Cuma sehingga RM10k (RM10,000) sahaja,” katanya di laman sosialnya itu sebelum ini.

Artikel Berkaitan:

Beliau turut memaklumkan bahawa ramai yang gembira kerana permohonan pengeluaran i-Sinar diluluskan. Namun demikian, katanya, ramai juga yang kecewa kerana gagal berbuat demikian.