X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 08 Disember 2021

5,327 orang asli terjejas banjir terima bantuan

Masyarakat Orang Asli Kampung Air Pasir menerima bantuan barangan keperluan dari Penghulu Mukim Kahang hasil sumbangan Pejabat Daerah Kluang bersama Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jakoa serta JKM.
A
A

KUALA LUMPUR – Seramai 5,327 keluarga melibatkan 84 perkampungan orang asli di empat negeri yang terjejas akibat banjir menerima sumbangan berupa barangan keperluan asas.

Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa), Saiful Zahlan Muhamad Azmi berkata, sumbangan sudah disalurkan kepada mereka yang terjejas dengan kerjasama beberapa agensi lain yang terlibat.

“Bantuan yang diberikan termasuk makanan dan keperluan asas harian seperti beras, minyak masak dan gula.

“Jakoa sentiasa menyelaras segala gerak kerja dengan pusat kawalan operasi bencana daerah seperti Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat, bomba dan beberapa agensi lain.

“Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada agensi-agensi ini kerana dapat menyediakan keperluan logistik seperti pacuan empat roda, lori dan bot bagi tujuan penghantaran bantuan," katanya seperti dilaporkan Astro Awani pada Jumaat.

Menurut beliau, pihaknya akan memantau tahap kerosakan terhadap kediaman orang asli yang rosak dan akan menghulurkan bantuan kepada mana-mana perkampungan yang terputus hubungan.

“Setakat ini, mangsa yang terjejas teruk melibatkan orang asli ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS).

“Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghubungi Jakoa negeri bagi menyelaraskan bantuan tersebut dan sumbangan keperluan asas amat diperlukan merangkumi makanan asas, lampin pakai buang dan pakaian,” katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!