Wanita rugi lebih RM18,000 diperdaya sindiket Macau Scam

Foto 123RF
Foto 123RF
A
A
A

MELAKA - Seorang wanita berusia 28 tahun kerugian RM18,600 selepas menjadi mangsa penipuan sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai pegawai Pos Malaysia dan pegawai Polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) negeri, Superintenden E Sundra Rajan berkata, siasatan mendapati mangsa yang bekerja di bahagian khidmat pelanggan sebuah restoran makanan menerima panggilan telefon daripada individu yang mengaku sebagai pegawai Pos Malaysia dan mendakwa mangsa mempunyai bungkusan yang tidak boleh dihantar kepadanya kerana terdapat MyKad dan kad ATM.

Menurutnya, mangsa bagaimanapun menafikan perkara itu sebelum talian disambungkan ke Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Seremban dan dijawab seorang 'pegawai polis' yang kemudian memaklumkan mangsa terlibat dengan kes dadah dan pengubahan wang haram.

"Mangsa yang ketakutan telah mengikut arahan suspek untuk menyelesaikan kes itu dengan membuat empat transaksi wang ke dalam akaun berbeza berjumlah RM18,600," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.

Bagaimanapun katanya, mangsa berasa tertipu apabila suspek berterusan meminta wang daripadanya dan tampil ke balai polis untuk membuat laporan mengenai perkara tersebut pada Rabu.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai berhati-hati ketika menerima panggilan telefon daripada individu tidak dikenali terutamanya mereka yang menyamar sebagai pegawai polis bagi mengelak kejadian tersebut berulang.

Artikel Berkaitan: