X

Kindly register in order to view this article
!

Penganggur ditahan edar dadah

Dadah jenis heroin dirampas daripada suspek dalam serbuan di sebuah ladang kelapa sawit Felda Gunung Besout 4. Gambar kecil: Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Sulizmie Affendy Sulaiman. - Kredit foto: Ihsan PDRM
A
A

TANJUNG MALIM - Polis menahan seorang lelaki disyaki terlibat dalam penyalahgunaan dan pengedaran dadah dalam serbuan di ladang kelapa sawit di Felda Gunung Besout 4 di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, suspek berusia 44 tahun itu ditahan bersama 46 peket dadah jenis heroin dan methamphetamine seberat 488 gram bernilai RM8,000.

“Pemeriksaan menjumpai 16 peket berisi heroin seberat 345.6 gram dan 30 paket methamphetamine seberat 143 gram.

“Hasil siasatan mendapati suspek menjadikan ladang berkenaan sebagai ‘port’ penjualan dadah,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.

Menurutnya, suspek merupakan seorang penganggur mempunyai tiga rekod lampau di bawah Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Suspek dipercayai aktif menghisap dadah sejak 2003 itu direman selama lima hari sehingga Isnin ini untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 39B akta yang sama dan jika disabit kesalahan boleh membawa hukuman mati mandatori,” katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!