PM Singapura terima suntikan dos pertama vaksin Covid-19

Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong menerima suntikan pertama dos vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech. - Foto Facebook Lee Hsien Loong
Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong menerima suntikan pertama dos vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech. - Foto Facebook Lee Hsien Loong
A
A
A

SINGAPURA - Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong pada Jumaat menerima suntikan pertama dos vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech.

Hsien Loong dalam catatan Facebooknya berkata, beliau menerima suntikan itu bersama Pengarah Perkhidmatan Perubatan Kementerian Kesihatan (MOH) republik itu, Profesor Madya Kenneth Mak.

"Kami menerima suntikan vaksin awal untuk menunjukkan kepada rakyat Singapura bahawa kami yakin vaksin berkenaan selamat dan berkesan," demikian catat Perdana Menteri.

Beliau turut menyertakan video ketika diberikan suntikan vaksin berkenaan di Hospital Besar Singapura.

"Saya dan Profesor Mak diawasi selama 30 minit selepas suntikan. Ia sebagai pemantauan sekiranya berlaku kesan sampingan, seperti reaksi alahan. Sukacita dimaklumkan bahawa kami berdua berasa sihat," catatnya lagi.

Hsien Loong berkata, bahawa mulai Jumaat republik itu telah menjalankan pemvaksinan terhadap petugas-petugas kesihatan daripada institusi kesihatan awam.

"Kami sasar untuk memulakan proses vaksinasi kepada golongan warga emas mulai Februari dan kemudian kepada rakyat warga Singapura serta penduduk jangka panjang.

"Vaksinasi perlu dijalankan secara sukarela, tetapi saya harap apabila tiba giliran anda, anda akan melakukannya. Ia percuma dan akan melindungi anda dan keluarga serta dapat memelihara keselamatan semua orang," katanya sebelum mengakhiri dengan initial LHL.

Artikel Berkaitan:

Penghantaran pertama vaksin Pfizer-BioNTech Covid-19 ke Singapura ialah pada 21 Disember lepas.

Republik itu telah memulakan latihan vaksinasi pada 30 Disember dengan petugas kesihatan di Pusat Nasional Bagi Penyakit Berjangkit (NCID) menjadi golongan pertama menerima suntikan vaksin. - Bernama

Was at Singapore General Hospital this morning to take a look at the start of COVID-19 vaccinations for healthcare...

Posted by Lee Hsien Loong on Thursday, January 7, 2021