Elon Musk individu paling kaya di dunia

ELON MUSK. - Foto AFP
ELON MUSK. - Foto AFP
A
A
A

NEW YORK - Pengasas syarikat kenderaan elektrik Tesla dan Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO), Elon Musk menjadi individu paling kaya di dunia mengatasi pemilik syarikat peruncitan online iaitu Amazon, Jeff Bezos, lapor media Amerika Syarikat (AS) pada Khamis.

Musk ialah seorang pemegang saham terbesar syarikat kenderaan elektrik dan memperoleh manfaat daripada peningkatan harga saham Tesla sejak tahun lalu.

Menurut portal berita CNBC, nilai kekayaannya adalah melebihi AS$185 bilion (RM747.86 bilion).

Musk yang berusia 49 tahun dan dilahirkan di Afrika Selatan juga mengetuai syarikat aeroangkasa, SpaceX.

Saham-saham Tesla meningkat 6.3 peratus kepada AS$803.78 (RM3,249) pada lewat pagi menyebabkan model pasaran syarikat berkenaan naik melebihi AS$750 bilion (RM3 trilion).

Menurut portal perniagaan Forbes, nilai kekayaan Bezos ialah AS$184.6 bilion (RM746.25 bilion).

JEFF BEZOS. - Foto AFP
JEFF BEZOS. - Foto AFP

Bezos menjadi individu paling kaya di dunia sejak tahun 2017.

Artikel Berkaitan:

Musk sebelum ini mengatasi ahli pelaburan, Wareen Buffett pada Julai tahun lalu untuk menjadi individu ketujuh terkaya dunia.

Bill Gates. - Foto AFP
Bill Gates. - Foto AFP

Pada November tahun lalu, Musk mengatasi pengasas bersama Microsoft, Bill Gates untuk menjadi individu kedua terkaya di muka bumi.

Nilai kekayaan Gates pula ialah AS$132 bilion (RM533.61 bilion) dan menduduki tangga ketiga selepas Musk dan Bezos. - Agensi