X

Kindly register in order to view this article
!

Penjaja jeruk di lampu isyarat kena kompaun

Foto di laman sosial menunjukkan penguat kuasa MPPD menyita jeruk penjaja di lampu isyarat di Port Dickson.
A
A

PORT DICKSON - Sekumpulan penjaja jeruk di lampu isyarat di sini dikenakan kompaun kerana berniaga di kawasan yang tidak dibenarkan.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), Mohd Zamri Mohd Esa berkata, pihaknya melarang mana-mana individu menjaja di lampu isyarat bagi mengelakkan berlaku kemalangan.

Menurutnya, MPPD menerima banyak aduan daripada pengguna jalan raya yang tidak selesa dengan kehadiran peniaga terbabit, selain aduan daripada masyarakat setempat yang bimbang dengan keselamatan mereka.

"Kita telah banyak kali beri amaran sebelum ini dan menasihatkan mereka supaya berniaga di tempat yang dibenarkan, namun mereka masih berdegil.

"Tindakan drastik terpaksa diambil demi keselamatan mereka. Beberapa barang niaga juga disita dan kita telah pun menasihatkan mereka supaya tidak lagi berniaga lagi di situ," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Mohd Zamri berkata, isu berniaga di lampu isyarat merupakan perkara yang berlaku hampir seluruh negeri.

Menurutnya, isu keselamatan merupakan perkara penting yang perlu diutamakan, manakala pihaknya perlu mencegah perkara tersebut sebelum sebarang kejadian buruk berlaku.

Pada Jumaat, tular sebuah video di media sosial berdurasi 12 saat menunjukkan anggota MPPD berjumpa dan menyita jeruk serta barang niaga penjaja yang meniaga di lampu isyarat sekitar daerah ini.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!