Zionis usir penduduk Palestin di Lembah Jordan

 Penduduk Palestin di Tubas membantah kehadiran tentera Israel di tanah mereka.
Penduduk Palestin di Tubas membantah kehadiran tentera Israel di tanah mereka.
A
A
A

RAMALLAH - TEBING BARAT . Kehidupan kira-kira 50 keluarga di utara Lembah Jordan terjejas apabila Israel mengarahkan supaya mereka berpindah bagi memberi ruang kepada aktiviti latihan ketenteraan dijalankan di kawasan kediaman mereka.

Pemindahan melibatkan keluarga di perkampungan Ras Al-Ahmar, Ein Al-Mayteh, Khirbet Al-Burj dan Hammamat Al-Maleh.

Arahan berpindah mula dikeluarkan pada pagi Rabu dan kenderaan tentera Israel dikerah ke seluruh kawasan tersebut.

Ahad lalu, Israel mengeluarkan arahan sama dan memberi tempoh sehingga Selasa depan untuk mengosongkan kediaman mereka.

Penduduk di Lembah Jordan kerap berdepan gangguan akibat latihan ketenteraan Israel yang sengaja dijalankan berhampiran kawasan kediaman mereka.

Difahamkan, salah satu kawasan di Lembah Jordan iaitu Tubas merupakan antara pusat pertanian terpenting di Tebing Barat yang diduduki.

Sekurang-kurangnya 44 peratus daripada keluasan tanah di Lembah Jordan telah diperuntukkan semula oleh Israel untuk tujuan ketenteraan dan latihan. - Agensi

Artikel Berkaitan: