X

Kindly register in order to view this article
!

Seluruh jentera parti sokong Muhyiddin

Wan Saiful Wan Jan
A
A

KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Wan Saiful Wan Jan menegaskan seluruh jentera parti dan kepimpinan parti itu menyokong kepimpinan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Kita rasa tidak ada keperluan untuk beliau (Muhyiddin) ke mana-mana dan beliau menerima sokongan majoriti ahli Parlimen pada ketika ini untuk meneruskan tanggungjawabnya sebagai Perdana Menteri.

“Beliau (Muhyiddin) menjalankan tanggungjawabnya dengan baik,” katanya kepada pemberita pada Majlis Penyampaian Sumbangan CSR PTPTN kepada Persatuan-Persatuan Penduduk PDRM Parlimen Setiawangsa yang diadakan di Perumahan PDRM Menara Seri Kemboja, Setiawangsa pada Khamis.

Sebelum ini, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menasihatkan Muhyiddin untuk meletakkan jawatannya berikutan kemelut yang melanda antara UMNO dan Bersatu.

ARTIKEL BERKAITAN: Tun M nasihat Muhyiddin letak jawatan

Mengulas lanjut, Wan Saiful menggesa ahli politik di negara ini supaya tidak menggunakan isu yang keterlaluan untuk mengelakkan mereka dibenci oleh rakyat.

“Bagi saya yang penting ialah sebagai orang politik berhentilah (bermain isu politik)...Kalau ditanya pandangan rakyat lagi lama kita buat begini, lagi ramai yang akan ‘meluat’ kepada kita.

“Berhentilah bermain isu-isu politik dengan cara keterlaluan,” katanya.

Tambahnya, rakyat sekarang dalam kesusahan dan dilanda dengan bencana Covid-19, banjir dan berdepan dengan masalah hilang pekerjaan serta mencari peluang pekerjaan baharu.

“Banyak benda yang perlu dilakukan, seeloknya kita berhenti politik berlebihan dan tumpukan kepada membantu rakyat serta kita pastikan negara bergerak ke hadapan,” katanya.

Media melaporkan pada Khamis, Dr Mahathir menjelaskan kerajaan yang dipimpin oleh Muhyiddin sekarang terlalu lemah kerana hanya mempunyai tiga majoriti.

“Nasihat sekarang, 'the best' nasihat adalah sekarang kamu nampak tak begitu kukuh, resignlah (letak jawatan),” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kerajaan PN paling tidak stabil dalam sejarah Malaysia: Tun M


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!