Rusuhan Capitol, Setiausaha Pengangkutan AS letak jawatan

Elaine Chao
Elaine Chao
A
A
A

WASHINGTON - Setiausaha Pengangkutan Amerika Syarikat (AS), Elaine Chao pada Khamis mengumumkan peletakan jawatannya sebagai membantah insiden kekacauan dan keganasan di Capitol, lapor Agensi Berita Xinhua.

Beliau anggota Kabinet pertama pentadbiran Presiden Donald Trump yang melepaskan jawatan susulan insiden pada Rabu itu.

Peletakan jawatannya berkuat kuasa pada Isnin.

"Semalam, negara kita mengalami peristiwa yang mencetuskan trauma dan tidak dapat dielakkan apabila penyokong Presiden menyerbu Capitol. Saya yakin ramai yang mengalami perkara sama, ia sangat mengganggu saya," katanya.

Chao, 67, telah berkhidmat sejak tahun 2017. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: Detik-detik rusuhan di bangunan Capitol AS

Kongres diserang, pegawai Trump letak jawatan

Artikel Berkaitan: