Jumlah mangsa banjir Perak semakin menurun

Mangsa banjir, Khairul Fazli, 44, kelihatan menjemur cadar ketika melakukan kerja-kerja pembersihan di rumahnya yang dilanda banjir di Kampung Balun Slim River, Khamis. Foto Bernama
Mangsa banjir, Khairul Fazli, 44, kelihatan menjemur cadar ketika melakukan kerja-kerja pembersihan di rumahnya yang dilanda banjir di Kampung Balun Slim River, Khamis. Foto Bernama
A
A
A

IPOH - Jumlah mangsa banjir di negeri ini menurun kepada 335 orang pada Jumaat berbanding 350 orang yang dilaporkan pada Khamis.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan, sebanyak empat pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi ketika ini yang menempatkan 93 keluarga di tiga daerah.

Menurutnya, sebuah PPS baharu dibuka di Daerah Perak Tengah bagi menempatkan tiga keluarga di Dewan Orang Ramai (DOR) Kampung Tanjung Aur, Bota Kiri di sini.

“PPS berkenaan dibuka sekitar jam 9.30 malam pada Khamis bagi menempatkan sembilan mangsa termasuk seorang kanak-kanak lelaki.

“Di Hilir Perak, seramai 98 mangsa daripada 26 keluarga di tempatkan di Dewan Serbaguna Chikus, manakala 221 mangsa di tempatkan di Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan,” katanya.

Katanya, daerah Hulu Perak pula, seramai 16 mangsa dari Kampung Pasir Buaya masih kekal ditempatkan di DOR Kampung Perah sejak Rabu lalu.

Artikel Berkaitan: