Mangsa banjir Terengganu meningkat kepada 12,899 orang

Keadaan banjir si Kuala Jengai, Dungun. Foto: APM
Keadaan banjir si Kuala Jengai, Dungun. Foto: APM
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Keadaan banjir di Terengganu semakin buruk dengan jumlah mangsa meningkat kepada 12,899 orang melibatkan 3,234 keluarga setakat pagi Jumaat.

Sehingga jam 8 pagi, sebanyak 50 pusat pemindahan sementara (PPS) telah diaktifkan dan dibuka di Kemaman, Dungun, Hulu Terengganu dan Besut.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A Rahman berkata, Kemaman terus menunjukkan pertambahan mangsa apabila seramai 11,065 orang daripada 2,719 keluarga kini ditempatkan di PPS.

"Ia menunjukkan peningkatan berbanding tengah malam tadi (Khamis) yang hanya merekodkan seramai 10,734 orang daripada 2,640 keluarga yang dipindahkan ke 28 PPS.

"Mangsa banjir di Dungun juga bertambah kepada 1,574 orang daripada 452 keluarga di 17 PPS berbanding 1,565 orang daripada 450 keluarga di 16 PPS," katanya.

Jumlah mangsa banjir di Terengganu sehingga jam 8 pagi Jumaat.
Jumlah mangsa banjir di Terengganu sehingga jam 8 pagi Jumaat.

Di daerah Hulu Terengganu dan Besut pula, katanya, jumlah mangsa tidak menunjukkan sebarang perubahan.

Seramai 207 mangsa daripada 51 keluarga kini ditempatkan di empat PPS di Hulu Terengganu, manakala di Besut, 53 mangsa daripada 12 keluarga ditempatkan kini di satu PPS.

Artikel Berkaitan:

Che Adam berkata, keadaan cuaca ketika ini mendung, namun adakalanya hujan di beberapa tempat.

Menurutnya, paras air sungai juga menunjukkan trend menurun di sebelah hulu.