Kedah masih cari keserasian pemain

Baddrol menunjukkan SOP membasuh tangan menggunakan cecair pembasmi kuman selepas dilantik sebagai ikon kempen pembudayaan normal baharu peringkat Kedah.
Baddrol menunjukkan SOP membasuh tangan menggunakan cecair pembasmi kuman selepas dilantik sebagai ikon kempen pembudayaan normal baharu peringkat Kedah.
A
A
A

ALOR SETAR - Pemain skuad bola sepak Kedah masih mencari keserasian pemain hasil gandingan pemain baharu dan lama yang bakal memberi saingan dalam Liga Super musim 2021.

Kapten pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Baddrol Bakhtiar berkata, keserasian itu penting bagi membolehkan semua pemain berperanan sebagai nadi penggerak dalam mencari rentak seiring sekaligus merebut piala liga.

Menurutnya, namun masih terlalu awal untuk pihaknya menilai prestasi setiap pemain lama mahupun baharu memandangkan sesi latihan baharu bermula 10 hari lalu.

“Kami jalani latihan bersama baru 10 hari, jadi kami masih mencari rentak keserasian namun setiap pemain akan beri yang terbaik untuk saingan 2021,” katanya ketika ditemui selepas pelancaran kempen pembudayaan normal baharu peringkat negeri oleh Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor di Wisma Darul Aman pada Khamis.

Baddrol berharap sesuatu yang positif bakal mewarnai pasukan Hijau Kuning musim ini dengan gandingan pemain terbaik yang diyakini mampu memperkuatkan lagi skuad itu, selepas isu dalaman Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) selesai selain pasukan dijenamakan semula kepada KDA FC.

“Kami tekad untuk berusaha berikan persembahan terbaik khusus untuk penyokong tegar Kedah,” katanya.

Mengulas kehadiran beberapa pemain yang sebelum ini pernah beraksi bersama pasukan itu, Baddrol berharap mereka mempamerkan aksi cemerlang dalam membantu pasukan meraih kemenangan.

Sebelum ini, KDA FC menerusi akaun rasmi Facebook miliknya melaporkan Aidil Sharin Sahak kekal membimbing skuad Hijau Kuning musim depan.

Artikel Berkaitan:

Turut dikekalkan beberapa pemain seperti Rizal Ghazali, Shahril Sa'ari, Faizat Ghazli, Zulkhairi Zulkepli, Azammuddin Akil dan Baddrol. Manakala pemain import dibarisi, Kpah Sherman, Kipre Tchetche dan Renan Alves.