X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 24 Oktober 2021

Mangsa banjir di Johor berkurangan 1,561 malam ini

Anggota bomba membantu penduduk yang terjejas akibat banjir di Kampung Sri Jaya, Kota Tinggi.
A
A

JOHOR BAHRU - Johor terus mencatatkan penurunan angka mangsa banjir yang kini berjumlah 1,561 orang daripada 406 keluarga setakat jam 8 malam pada Khamis.

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor, R Vidyananthan berkata, jumlah itu terus menunjukkan penurunan berbanding 2,260 orang daripada 559 keluarga setakat jam 4 petang.

"Sebanyak empat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) sudah ditutup iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Mawai pada jam 3.15 petang, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Kota Jaya (6 petang) dan SK Taman Kota Jaya (6.30 petang).

"Semua PPS tersebut di Kota Tinggi manakala sebuah lagi PPS ditutup iaitu di SMK Yong Peng, Batu Pahat (6.30 petang). PPS di SMK Yong Peng itu adalah yang terakhir di Batu Pahat," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.

Beliau berkata, penutupan PPS di SMK Yong Peng itu menjadikan hanya lima daerah di negeri ini masih dilanda banjir iaitu Johor Bahru, Kluang, Kota Tinggi, Mersing dan Segamat.

Selain itu, Vidyananthan berkata, Jalan Tanah Abang di Mersing kini ditutup sementara bermula Khamis untuk semua kenderaan.

Sementara itu, Pegawai Daerah Mersing Mohd Radzi Mohd Amin mengingatkan penduduk daerah tersebut supaya bersiap siaga untuk menghadapi ancaman gelombang kedua banjir ekoran hujan tanpa henti sejak malam Rabu.

Beliau berkata, persediaan itu turut melibatkan agensi kerajaan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan tentera.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!