Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Bank Negara Malaysia
A
A

KADAR-kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) bagi menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai hari ini dianggarkan sebanyak RM23.31 bilion dalam sistem konvensional dan RM18.46 bilion dalam dana Islam.

Bank pusat akan melaksanakan tender pasaran wang konvensional RM2 bilion untuk tujuh hari, tender lelongan matang Islam berjumlah RM6 bilion untuk tujuh hari hingga 21 hari dan tender repo berbalik RM4 bilion untuk 89 hari.

BNM juga akan melaksanakan dua bil Antara Bank Bank Negara masing-masing berjumlah RM500 juta untuk 30 hari dan Bil Islam Antara Bank bernilai RM500 juta untuk 91 hari,

Pada 4 petang, BNM akan melaksanakan sehingga RM21.7 bilion tender semalaman konvensional dan RM12.3 bilion tender semalaman Murabahah.- Bernama