Nazral Safril dilantik sebagai Pengarah Modal Insan MDEC

Nazral Safril
Nazral Safril
A
A
A

PERBADANAN Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), mengumumkan pelantikan Nazral Safril Muhammad Sapari sebagai Pengarah Modal Insan yang baharu.

Menurut MDEC, pelantikan Nazral itu sejajar dengan agenda perubahan strategik yang baru-baru ini dilancarkan untuk memupuk organisasi berprestasi tinggi dan berimpak tinggi.

“Dalam menyokong perubahan ini, Nazral akan mendorong budaya peningkatan berterusan dan kecemerlangan operasi, sambil memperkukuhkan penyelarasan perniagaan.

“Selain itu, Nazral akan menyumbang kepada perniagaan strategi, mengembangkan rancangan dan program tenaga kerja selaras dengan objektif strategik nasional MDEC,” katanya menerusi satu kenyataan pada Khamis.

Untuk rekod, Nazral sebelum ini merupakan Pengurus Besar Sumber Manusia dan Pentadbiran di Touch’n Go (TNG) Sdn Bhd, Pengarah Kumpulan Sumber Manusia di CIMB Investment Bank Berhad (dari 2012-2016), Alinma Bank Riyadh, Kingdom Arab Saudi (dari 2009 - 2012).

Ketika bersama TNG, TNG diiktiraf sebagai majikan pilihan pada 2019 oleh Institut Sumber Manusia Malaysia.

Artikel Berkaitan: