X

Kindly register in order to view this article
!

Pendaftaran Muda ditolak, Pemuda Ikatan nasihat Syed Saddiq

Shahir Adnan
A
A

SHAH ALAM - Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) menasihati pengasas Parti Ikatan Demokratik (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman supaya lebih kreatif dalam menamakan parti beliau untuk menunjukkan organisasi itu mempunyai hala tuju yang jelas bagi mencapai objektif mereka.

Ketua Pemuda Ikatan, Shahir Adnan berkata, pihaknya sebelum ini pernah membuat bantahan pendaftaran Muda yang menggunakan nama Ikatan kerana ia mengelirukan semua pihak.

Menurutnya, parti yang ditubuhkan pada tahun 2012 itu mengambil masa tiga tahun sebelum diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) pada tahun 2015 setelah mengharungi pelbagai dugaan dan cabaran.

“Sedangkan nama Ikatan telah lama diguna pakai oleh Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) semenjak 2012. Sudah hampir lapan tahun nama Ikatan sinonim dengan Parti Ikatan Bangsa Malaysia.

“Diharapkan pengasas Muda tidak semberono dalam mencari nama partinya yang baharu. Buatlah kajian terlebih dahulu dan bukan hanya mencari publisiti politik murahan dengan menyalahkan pihak lain,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Dalam perkembangan lain, Ikatan menyambut baik keputusan RoS untuk tidak meluluskan pendaftaran parti Muda yang dikatakan menggunakan nama parti Ikatan yang mengelirukan orang ramai.

Terdahulu, permohonan Muda untuk menubuhkan sebuah parti politik telah ditolak oleh RoS pada Khamis.

Muda dalam satu kenyataan berkata, pemakluman penolakan pendaftaran parti disampaikan melalui satu emel pada Rabu menyatakan permohonan telah ditolak dan tiada sebab yang diberi.

ARTIKEL BERKAITAN: RoS tolak permohonan MUDA


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!