Kerajaan Muhyiddin 'double standard': Tun M

Tun Dr Mahathir Mohamad
Tun Dr Mahathir Mohamad
A
A
A

PUTRAJAYA - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengkritik sistem keadilan yang diamalkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) ketika ini kerana didakwa bersifat 'double standard'.

Pengerusi Penaja Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu berkata, perkara itu terbukti apabila PN dapat didaftarkan hanya dalam tempoh tujuh hari berbeza dengan Pejuang yang masih belum diluluskan walaupun telah lama membuat permohonan.

"Sebenarnya PN berlagak sebagai kerajaan tanpa pendaftaran sebab tidak ada tindakan dikenakan (kepada mereka).

"Tetapi bila kami cuba bergerak sebagai Pejuang tanpa pendaftaran, maka mereka nak ambil tindakan undang-undang. Inilah keadilan kerajaan Muhyiddin Yassin," katanya pada sidang akhbar di Yayasan Kepimpinan Perdana, pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN RoS tolak permohonan pendaftaran Pejuang

Jangan jadikan RoS sebagai alat politik: Anwar

Artikel Berkaitan: