X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 30 Jun 2022

PH Kedah sokong tuntut caj air daripada Pulau Pinang

Phahrolrazi menujukkan papan namanya di Pejabat Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah di Wisma Darul Aman pada Khamis.
A
A

ALOR SETAR - Tuntutan caj air mentah oleh Kerajaan Kedah yang dikenakan terhadap Pulau Pinang disokong penuh oleh Pakatan Harapan (PH) Kedah, namun kaedah terbaik yang lebih berhemah perlu digunakan bagi menyelesaikan isu itu.

Timbalan Pengerusi PH Kedah, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi berkata, pihak yang menggunakan bekalan air dari sumber di negeri berkenaan perlu membayar caj air mentah kepada Lembaga Sumber Air Negeri Kedah (LSANK) termasuk Pulau Pinang.

Menurutnya, tuntutan sama boleh dilakukan terhadap Perlis kerana turut menggunakan sumber air mentah dari Kedah.

"Namun rundingan yang baik perlu dibuat. Tidak boleh ada nada ugutan dan sebaiknya perlu libatkan kerajaan Persekutuan.

"Kalaulah Pulau Pinang berpendapat membayar melibatkan kos kepada Lembaga Air Pulau Pinang, maka kos air akan naik, jadi kita perlu dapatkan bantuan daripada Kerajaan Persekutuan.

"Kerajaan Persekutuan perlu mewujudkan peruntukan tahunan secara tetap, ini tuntutan lama yang perlu dirundingkan kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan," katanya pada sidang akhbar di Wisma Darul Aman selepas Jamuan Kesyukuran Pembukaan Pejabat Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: Caj air mentah: Kedah mahu bayaran bukan sumbangan

PBAPP perjelas sebab Kedah tidak boleh tuntut caj air RM50 juta

Caj air: Kerajaan Persekutuan disaran jadi fasilitator rundingan

Phahrolrazi yang juga Ketua Pembangkang DUN Kedah berkata, pembayaran ganti rugi atau saguhati kepada Kerajaan Kedah wajar kerana memelihara hutan untuk menjaga bekalan air mentah bukan sahaja untuk Kedah tapi juga Pulau Pinang dan Perlis.

Pada waktu sama, beliau berkata, PH Kedah menggesa Kerajaan Kedah memberikan tumpuan kepada usaha menyelesaikan segera isu berkaitan bekalan air dan peningkatan air tidak berhasil (NRW) yang telah melebihi 40 peratus.

"Rakyat masih lagi menghadapi masalah bekalan air di Kedah. Ada tempat belum dapat bekalan air yang baik dan mencukupi," katanya.

Pada 25 Disember lalu, media melaporkan kerajaan negeri akan mengambil tindakan mahkamah bagi menuntut bayaran caj air mentah sekiranya Pulau Pinang terus berdegil tidak mahu mengadakan rundingan.

Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, tindakan itu adalah jalan terakhir yang akan dilakukan, namun pihaknya masih berharap Pulau Pinang bersedia mengadakan rundingan bagi membincangkan isu tuntutan berkenaan.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!