Muhyiddin luang masa lawat SG Academy

Muhyiddin -Foto Bernama
Muhyiddin -Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Khamis melawat kolej pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TVET), SG Academy di sini yang turut menjadi pusat peningkatan kemahiran dan latihan semula mereka yang kehilangan pekerjaan akibat pandemik Covid-19.

Beliau meluangkan masa lebih sejam melihat program yang ditawarkan pusat itu serta beramah mesra dengan pelatih.

Turut hadir, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan dan Pengasas SG Education Group (SGEG) Datuk P Sri Ganes.

SG Academy menawarkan program; antaranya dalam bidang teknologi mekatronik, dron dan seni kulinari selain menjadi penyedia latihan di bawah program Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) bagi memperkasa rakyat khususnya yang terkesan dengan Covid-19.

Setakat 31 Disember tahun lalu, sebanyak 134,736 individu diluluskan untuk mengambil bahagian dalam program peningkatan kemahiran dan latihan di bawah Penjana. - Bernama

AKAN MENYUSUL

Artikel Berkaitan: