Mi segera guna logo halal tidak sah dirampas

KPDNHEP Selangor merampas produk mi segera bernilai RM1.59 juta dalam serbuan di sebuah syarikat di Rawang pada Rabu.
KPDNHEP Selangor merampas produk mi segera bernilai RM1.59 juta dalam serbuan di sebuah syarikat di Rawang pada Rabu.
A
A
A

RAWANG - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor merampas produk mi segera bernilai RM1.49 juta dalam serbuan di sebuah syarikat di sini pada Rabu kerana menyalahgunakan logo halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Pengarah KPDNHEP Selangor, Muhamad Zikril Azan Abdullah berkata, serbuan kira-kira jam 12 tengah hari itu mendapati syarikat terbabit menggunakan logo halal yang telah dibatalkan disebabkan operasi syarikat berkenaan gagal mematuhi standard pemegang sijil halal seperti yang ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Menurutnya, antaranya adalah kerana premis itu kotor dan bahan mentah diletakkan di atas lantai kilang.

"Ketika serbuan, kita telah menemui sejumlah 1,128,872 pek mi segera pelbagai perisa yang menggunakan logo halal yang telah dibatalkan penggunaannya.

"Turut ditemui adalah sejumlah 258 gulung dan 2,696,00 plastik pembungkus dan hampir 42,000 unit kotak pembungkus yang menggunakan logo halal yang telah dibatalkan penggunaan oleh JAIS," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Syarikat terbabit menggunakan logo halal yang telah dibatalkan disebabkan operasi syarikat berkenaan gagal mematuhi standard pemegang sijil halal seperti yang ditetapkan JAIS.

Beliau berkata, wakil syarikat terbabit telah memaklumkan pihaknya telah membuat permohonan rayuan ke atas penarikan sijil halal syarikatnya, namun ditolak berikutan terdapat teguran yang dibuat gagal diambil tindakan sewajarnya dalam tempoh yang ditetapkan.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, kes disiasat di bawah Perenggan 4 Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011.

Justeru, beliau memberi amaran dan peringatan kepada mana pengilang atau pembuat makanan dan minuman di Selangor khususnya supaya tidak menggunakan logo halal atau apa-apa ungkapan halal dengan sewenang-wenangnya tanpa kebenaran pihak berkuasa berwibawa.

"Penalti berat akan dikenakan terhadap mana-mana individu yang ingkar," katanya.

Katanya, pengguna di Selangor atau orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan isu halal boleh salurkan kepada pihaknya.