Amaran hujan lebat di beberapa negeri hingga Selasa depan

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca buruk dan waspada, dengan hujan lebat dijangka berlaku di beberapa negeri, sehingga Selasa depan.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca buruk dan waspada, dengan hujan lebat dijangka berlaku di beberapa negeri, sehingga Selasa depan.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada Khamis mengeluarkan amaran cuaca buruk dan waspada, dengan hujan lebat dijangka berlaku di beberapa negeri, sehingga Selasa depan.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan, amaran cuaca buruk dengan hujan lebat berterusan diramal berlaku di Pahang membabitkan daerah Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin serta di Johor iaitu di Segamat, Mersing dan Kota Tinggi sehingga Khamis.

"Amaran cuaca waspada dengan hujan lebat pula dijangka melanda seluruh Kelantan manakala di Terengganu melibatkan kawasan Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang sehingga hari ini.

"Amaran sama turut dijangka berlaku di Terengganu melibatkan kawasan Dungun dan Kemaman, Pahang di Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh dan Maran serta di Johor di kawasan Tangkak, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru sehingga Selasa," menurut kenyataan itu. - Bernama

Artikel Berkaitan: